
Selain dari pantainya yang indah dan menjadi transit utama ke pulau redang,bidong dan lang tengah,merang juga memiliki keistimawaan yang lain.di sini terdapat sebuah balai cerap KUZA(sekarang UDM atau lebih di kenali lagi dengan nama baru nya universiti sultan mizan).balai cerap merang ini didirikan gah di puncak bukit merang
Dari kemuncak bukit merang ini kita dapat menyaksikan penoramal pemandangan pekan merang,bukit bidong laut dan beberapa buah pulau pulau yang berada di perairan terengganu seperti pulau redang,pulau bidong,
dan pulau lang tengah.Dan kita juga dapat melihat deretan bot bot nelayan dan bot laju agensi pelancongan keluar masuk dari kuala sungai merang.
Balai cerap ini di gunakan oleh pelajar pelajar dari UDM yang mengambil jurusan falak syarie,ianya digunakan juga untuk mencerap anak bulan balai cerap ini menjadi tempat rukyah rasmi serba lengkap sejak 1994 Selain aktiviti cerapan anak bulan pada setiap akhir bulan hijriyah.
Aktiviti lain di balai cerap itu ialah kajian lunar, planetari, buruj, bintang, objek angkasa dan fenomena semasa selain astro-foto.
,balai cerap ini mempunyail teleskop yang mempunyai pantulan Caasegrain Coude buatan Jerman dengan cermin utama bersaiz 530 milimeter.
Teleskop ini menggunakan sistem penjejakan dengan kawalan komputer yang menjana pengiraan objek langit dan seterusnya mengawal pergerakan sudut waktu.
Balai Cerap Kusza juga memiliki empat teleskop sokongan. Antaranya ialah ialah Celestron 8" yang dikawal secara manual. Ia adalah teleskop mudah alih iaitu memudahkan aktiviti dalaman dan luaran.
Teleskop sokongan lain ialah Meade LX200 10" iaitu penjejakan secara automatik menggunakan pad kawalan atau sambungan komputer dan ia juga adalah teleskop mudah alih.
Dua lagi teleskop sokongan yang menggunakan kawalan motor dan manual ialah Meade Starfinder 6" dan Goto 4".
Instrumen lain yang boleh didapati ialah masing-masing tiga unit binokular dan Teodolit digital Topcon, Teodolit optikal (dua unit), CCD Kamera (satu unit), kamera Nikon FM2, kamera Canon dan dua unit kompas Prismatik.
FISHING PACKAGE
AROUND HENTIAN ISLAND
REDANG ISLAND
LANG TENGAH ISLAND
BIDONG ISLAND
AND RHU HENTIAN ISLAND
For infomation please email
besutkito@gmail.com
AROUND HENTIAN ISLAND
REDANG ISLAND
LANG TENGAH ISLAND
BIDONG ISLAND
AND RHU HENTIAN ISLAND
For infomation please email
besutkito@gmail.com